02 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012 dari J-BIOTECH


May this New Year 2012 bring many opportunities your way, to explore every joy of life and may your resolutions for the days ahead stay firm, turning all your dreams into reality and all your efforts into great achievement

Warm Regards
Johor Biotechnology and Biodiversity Corporation

29 December 2011

AGRO JOHOR 2011 - 25 - 29 NOV 2011 - PROJEK PERTANIAN MODEN AIR HITAM, KLUANG

Sebahagian kakitangan JBIOTECH yang bertugas di Booth sempena Agro Johor

Kakitangan JBIOTECH ENVIRONMENT (JBE) bersama Produk terbaru mereka di Agro Johor
Staf JBMI bersama Produk MPHO mereka
Ikan Siakap Air Tawar
Staf JBE menerangkan mengenai mesin BIOCOMPOSTER kepada para pengunjung yang hadir
Para pengunjung yang tertarik dengan Mesin BIOCOMPOSTER dari pihak JBE
Pada 28 Disember 2011 (Isnin) Y.A.B  Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia berbesar hati untuk berkunjung je Booth JBIOTECH

18 August 2011

KARNIVAL BIOTEK JOHOR 250611

Sebahagian daripada peserta J-Robik pada pagi Sabtu
Peserta Pertandingan Street Soccer rancak merebut bola
Seminar Aplikasi Teknologi Mikrob berjaya mengumpulkan seramai 70 orang peserta daripada pelbagai latarbelakang dan industri
Seminar Kesedaran Alam Sekitar kerjasama antara J-BioTech dan Jabatan Alam Sekitar
Tuan Hj Amran, sedang ditembual dalam program Wawancara Khas secara langsung di Dataran Ledang
Kanak-kanak Tadika Kemas sedang asyik mewarna dalam Pertandingan Mewarna KBJ
Clown Show menarik minat kanak-kanak
Combo MP Muar memeriahkan petang Sabtu di Dataran Ledang dengan nyanyian seleksi lagu-lagu
Program Layar Bestari menayangkan filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah"

03 August 2011

KARNIVAL BIOTEK JOHOR 240611

Ketibaan YB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sekitar 930 menambahkan kemeriahan Karnival Biotek Johor
Datuk Seri Abdul Ghani Othman memasukkan Kad Rakan J-BIOTECH untuk menyempurnakan Gimik Perasmian KBJ 2011 sambil diperhatikan oleh Datuk Dr. Hj. Haris dan Tuan Hj. Amran.
Datuk Seri Abdul Ghani Othman mengadakan Sesi Lawatan ke Pertandingan Inovasi Kreatif dan Rekacipta
Beliau turut meluangkan masa melawat Pertandingan Fotografi KBJ 2011
Sidang Media KBJ 2011
Sesi Melawat Booth Pameran J-BIOTECH oleh Menteri Besar Johor dan Para VVIP yang lain diberikan maklumat mengenai projek yang dilaksanakan.
Encik Zikri Omar menjelaskan mengenai Projek yang dilaksanakan
Para Kakitangan J-BIOTECH bergambar kenangan bersama Menteri Besar Johor di Mother Booth J-BIOTECH sempena KBJ 2011

26 July 2011

KARNIVAL BIOTEK JOHOR 23 JUN 2011

Assalamualaikum WHT. Karnival Biotek Johor telah berlangsung dengan meriahnya selama hampir seminggu staf J-BioTech berkampung di Tangkak. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dalam menjayakan program ini. Diharap pendekatan yang dilakukan oleh J-BioTech ini dapat diteruskan pada masa-masa mendatang. Berikut sedikit sorotan gambar peristiwa dan aktiviti yang berlangsung sempena Karnival Biotek Johor 2011.
Keputusan Pertandingan Mewarna dipaparkan di Board Panel untuk tatapan pengunjung

Kreativiti para pelajar dalam menarik minat juri dalam Pertandingan Choral Speaking

Pertandingan Inovasi Kreatif

Datuk Dr Haji Haris, berkesempatan melawat rekacipta para pelajar yang menyertai Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Kreatif

Forum Perdana Ehwal Islam KBJ dengan tajuk "Sains dan Teknologi dari Perspektif Islam"

SM INFANT JESUS CONVENT, JOHOR BAHRU menjadi Johan dalam Pertandingan Choral Speaking KBJ 2011

02 June 2011

KARNIVAL BIOTEK JOHOR 23 - 26 JUN 2011


Program : Karnival Biotek Johor
Tema :
Bioteknologi untuk Masa Depan Bersama "Biotechnology the Way Forward"
Tarikh : 23 - 26 Jun 2011

Tempat : Dataran Ledang, Tangkak, Johor Darul Takzim


Pengenalan
Karnival Biotek Johor merupakan program saranan Kerajaan Negeri Johor yang dianjurkan oleh Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor dengan kerjasama erat daripada Pejabat Daerah Ledang, Majlis Daerah Tangkak dan Jabatan Pelajaran Johor. Program yang julung kali dianjurkan ini merupakan salah satu platform kepada orang ramai dalam meningkatkan pengetahuan, pendedahan dan kesedaran orang ramai berkaitan perkembangan dan pembangunan sektor bioteknologi dan pemuliharaan biodiversiti di Malaysia amnya dan di selatan tanah air khususnya.

Objektif
Memperkenalkan j-biotech sebagai peneraju gerbang selatan dalam industri bioteknologi dan biodiversiti. Memberikan kesedaran tentang industri bioteknologi dan biodiversiti serta peluang-peluang yang wujud dikalangan masyarakat. Menjana minda kognitif masyarakat dalam aspek-aspek yang berkaitan. Merupakan kempen saraf bagi memperkenalkan industri industri bioteknolgi dan biodiversiti di peringkat downstream. Menyediakan lapangan bagi pihak pengiat utama industri untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bagi manfaat masyarakat.

Aktiviti-Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 23 - 26 Jun 2011 nanti:

1. Pertandingan & Pameran Fotografi
2. Pertandingan & Pameran Inovasi Kreatif
3. Pameran Bioteknologi & Biodiversiti
4. Pameran Kerjaya
5. Forum Perdana
6. Program Rakan J-Biotech
7. Persembahan Akustika
8. Senaman J-Robik
9. Pertandingan Street Soccer
10. Program Layar Bestari
11. Seminar & Demonstrasi Teknologi Mikrob
12. Persembahan Kombo
13. Pertandingan Mewarna & Clown Show
14. Gerai Jualan
15. Malam Bersama J-Biotech

Dijemput semua pihak untuk turut sama memeriahkan Karnival Biotek Johor ini. Diharap kehadiran anda semua akan lebih menambahkan kemeriahan Program kami ini. Terima kasih atas segala sokongan.
Related Posts with Thumbnails