02 June 2011

KARNIVAL BIOTEK JOHOR 23 - 26 JUN 2011


Program : Karnival Biotek Johor
Tema :
Bioteknologi untuk Masa Depan Bersama "Biotechnology the Way Forward"
Tarikh : 23 - 26 Jun 2011

Tempat : Dataran Ledang, Tangkak, Johor Darul Takzim


Pengenalan
Karnival Biotek Johor merupakan program saranan Kerajaan Negeri Johor yang dianjurkan oleh Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor dengan kerjasama erat daripada Pejabat Daerah Ledang, Majlis Daerah Tangkak dan Jabatan Pelajaran Johor. Program yang julung kali dianjurkan ini merupakan salah satu platform kepada orang ramai dalam meningkatkan pengetahuan, pendedahan dan kesedaran orang ramai berkaitan perkembangan dan pembangunan sektor bioteknologi dan pemuliharaan biodiversiti di Malaysia amnya dan di selatan tanah air khususnya.

Objektif
Memperkenalkan j-biotech sebagai peneraju gerbang selatan dalam industri bioteknologi dan biodiversiti. Memberikan kesedaran tentang industri bioteknologi dan biodiversiti serta peluang-peluang yang wujud dikalangan masyarakat. Menjana minda kognitif masyarakat dalam aspek-aspek yang berkaitan. Merupakan kempen saraf bagi memperkenalkan industri industri bioteknolgi dan biodiversiti di peringkat downstream. Menyediakan lapangan bagi pihak pengiat utama industri untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bagi manfaat masyarakat.

Aktiviti-Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 23 - 26 Jun 2011 nanti:

1. Pertandingan & Pameran Fotografi
2. Pertandingan & Pameran Inovasi Kreatif
3. Pameran Bioteknologi & Biodiversiti
4. Pameran Kerjaya
5. Forum Perdana
6. Program Rakan J-Biotech
7. Persembahan Akustika
8. Senaman J-Robik
9. Pertandingan Street Soccer
10. Program Layar Bestari
11. Seminar & Demonstrasi Teknologi Mikrob
12. Persembahan Kombo
13. Pertandingan Mewarna & Clown Show
14. Gerai Jualan
15. Malam Bersama J-Biotech

Dijemput semua pihak untuk turut sama memeriahkan Karnival Biotek Johor ini. Diharap kehadiran anda semua akan lebih menambahkan kemeriahan Program kami ini. Terima kasih atas segala sokongan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails